Eeeeerrrrppppp. Alhamdulillah. Dah setahun juga aku tak pergi makan di Restoran Sri Melayu. Baru datang balik selera aku malam tadi selepas beberapa lama dah hilang selera.
Makanannya yang menyelerakan dan persembahan kebudayaannya yang menghiburkan. Walaupun kalau nak dikira memang tak berbaloi nilai RM80.00 untuk sepinggang nasi (Itupun dah kira banyak bila aku dapat habiskan) tapi persekitarannya memang selesa.
Anak aku berusia 10 tahun menambah dengan 5 keping roti canai mini. Aku dan isteri aku berkongsi pulut dengan kuah durian. Nasib baik sempat ulang tambah sekali lagi kerana kuah durian dah sampai ke dasar periok. hehehe....
Selang satu meja dari meja aku ialah sepasang pelancung timur. Mungkin dari Korea tapi aku lebih berat mengatakan mereka dari Jepun. Yang menarik perhatian aku ialah si lelaki kerana dia memakai kain batik paras betis dengan T-shirt tanpa kolar.
Berpantang Maut Sebelum Ajal
-
Sering kita mendengar ungkapan seperti yang disebut di atas. Memang hebat
malah menggerunkan apabila difikirkan balik selepas melontarkan kata-kata
terseb...
2 days ago






